SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NAIM LILBANAT , SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Lawatan Kami

Lawatan Briged Bestari Ke Kuala Lumpur 

Pada 13-15 April 2011, badan Briged Bestari SMKA Naim Lilbanat telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan ini telah melibatkan seramai 25 orang pelajar diiringi 3 orang guru                                                                                             .
Rentetan lawatan:
13 April 2011, Rabu
Semua pelajar berkumpul di perhentian bas sekolah pada jam 3.00 petang. Setelah memasukkan barang-barang ke dalam bas, kami berangkat ke Kuala Lumpur tepat jam 3.30 petang. Perjalanan telah mengambil masa selama lebih kurang 11 jam. Kami tiba di sana pada jam 2.30 pagi. Tempat penginapan kami merupakan sebuah rumah tumpangan yang dikenali sebagai Hotel Tanah Hijau.

14 April 2011, Khamis
Kami bersarapan dengan nasi lemak yang telah disediakan oleh pihak tempat penginapan. Pada jam 8.00 pagi, kami bertolak ke destinasi pertama iaitu Agensi Remote Sensing Malaysia. Di sana, kami disambut oleh Ku Mohd Noh Bin Hj Ku Ramli dari Seksyen Informasi dan Promosi Teknologi. Beliau telah mengiringi kami ke sebuah dewan untuk membentangkan sedikit sebanyak mengenai teknologi remote sensing. Antara perkara yang kongsikan kepada kami ialah pusat tersebut telah dibina pada tahun 1988. Pusat Remote Sensing Negara merupakan satu aset yang penting kepada Negara kerana ia merupakan pusat kajian, GPS, meteorologi, dan komunikasi yang sentiasa berkembang dari masa ke masa. Kami dihidangkan makan tengah hari. Lawatan kami di sana bernoktah pada jam 11.00 pagi setelah selesai bergambar bersama Ku Mohd Noh bin Hj Ku Ramli. 


Kemudian, kami menuju ke Shah Alam untuk melawat Kumpulan Media Karangkraf yang merupakan penerbit bumiputra terbesar Malaysia. Kami diiring oleh Cik Norsyazleen Othman yang merupakan bekas wartawan Karangkraf. Beliau telah berkongsi maklumat dengan kami. Karangkraf telah ditubuhkan pada tahun 1976 oleh Dato Hussamuddin bin Hj. Yaacub. Kumpulan tersebut telah menerbitkan 28 jenis majalah termasuk Remaja, Keluarga, dan Nona. Karangkraf juga menerbitkan bahan bacaan seperti novel dan surat khabar. Setelah diberi taklimat kami dibawa untuk menyaksikan peringkat-peringkat dalam penghasilan sesebuah majalah. Kami melawat pusat editorial, grafik, percetakan, dan kilang pemprosesan. Seterusnya, kami dijamu makan petang oleh pihak kantin sebelum diberi peluang untuk berkunjung ke kedai buku dan diberi potongan sebanyak 15%. Akhir sekali, kami dapat meluangkan masa bersama pangasas Karangkraf iaitu Dato Hussamuddin bin Hj. Yaacub sendiri.


Boss KarangKraf Dato Hussamuddin sedang memberi otograf pada pelajar





Beliau telah menceritakan pengalaman yang beliau lalui dalam membangunkan Kumpulan Media Karangkraf. Di samping itu, beliau menasihati kami agar rajin membaca dan berusaha dalam mencapai kejayaan. Beliau berharap agar ramai anak Melayu yang akan mengikuti jejak langkahnya. Antara nasihat yang diberi ialah supaya melihat setiap cabaran yang mendatang sebagai peluang untuk terus berjaya. Dato juga menganggap bahawa pekerjaan yang dijalankannya sebagai ibadat dalam menyediakan dirinya untuk menghadapi hari akhirat. Salah satu kata-kata yang menjadi pegangan beliau ialah ‘you must be seen, you must be heard’. You have to be somebody different from others!
Tepat jam 8 malam, kami berhenti di medan selera sebelum menuju ke destinasi seterusnya. Setelah menjamu selera, kami berangkat ke i-City. Kami telah menyaksikan pesta lampu yang bergemerlapan serta menarik. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan merakamkan keindahan pemandangan cahaya lampu yang berwarna-warni. Beberapa antara kami sempat berkunjung ke kedai cenderahati dan membeli barangan sebagai kenangan. 


 
15 April 2011, Jumaat
Pagi itu, kami dihidangkan dengan nasi lemak. Kemudian, kami diarahkan supaya mengemas barang-barang dan memasukkannya ke dalam bas. Setelah mendaftar keluar dari tempat penginapan, kami menuju ke Pusat Sains Negara untuk menyaksikan pameran dinasor yang hanya dipamerkan di empat buah negara di Asia termasuk Malaysia. Di sana, kami telah melihat replika-replika dinasor yang berbagai spesies. Replika tersebut dibina dengan teknologi terkini sehingga replika tersebut seakan-akan bernyawa. Kami beredar dari sana pada jam 11.30 tengah hari.

Kami dibawa membeli-belah sebelum bertolak ke KLCC. Selesai makan tengah hari, kami bergegas ke tempat pendaftaran masuk untuk menaiki Skybridge. Selepas mendaftar, kami dikumpulkan di bilik tayangan dan ditayangkan dengan video sejarah pembinaan menara KLCC yang memakan masa selama 7 minit. Sesudah itu, kami dibawa untuk menaiki lif yang akan membawa kami ke tingkat 41 dengan kadar kelajuan satu saat untuk satu tingkat. Di atas sana, kami menyaksikan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang menakjubkan. Kami tidak ketinggalan untuk bergambar beramai-ramai. Masa yang diberikan hanya lebih kurang 5 minit.
Pada jam 3.00 petang, semua ahli bergegas menuju ke bas untuk bertolak pulang ke Kota Bharu. Sepanjang perjalanan pulang, setiap daripada kami terlena akibat keletihan. Perjalanan pulang memakan masa selama 10 jam.


LAWATAN IMMERSION ST GEORGE, PULAU PINANG.
















LAWATAN PERKONGSIAN PINTAR SBT KE KUALA LUMPUR



















LAWATAN PENANDA ARAS SM SAINS JOHOR 18 OKTOBER 2011