SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NAIM LILBANAT , SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Hal Ehwal Murid

Majlis Penyerahan Watikah telah berlangsung pada 24 Februari 2011 bertempat di Dewan Makan Asrama SMKA Naim. Majlis telah dihadiri oleh semua warga Naim dan tetamu jemputan iaitu ASP Hussin b. Mohd Noor iaitu Ketua Siasatan Jenayah Komersial Daerah Kota Bharu.




Kehadiran ASP Hussin Mohd Noor telah disambut dengan paluan kompang dan diikuti dengan persembahan kawad kaki oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah. Kemudian, tetamu undangan diringi masuk ke dewan untuk meneruskan lagi majlis. Ustaz Yusuf Harun telah mengetuai bacaan doa dan diaminkan oleh semua warga Naim. Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan serta Naim Gemilang oleh para pelajar dan guru.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan oleh PK HEM, Pn. Hajah Hachinah Ahmad. Setelah itu, pengerusi majlis telah menjemput ASP Hussin Mohd Noor untuk menyampaikan sepatah dua kata dan merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar sesi 2011. Setelah majlis dirasmikan oleh ASP Hussin Mohd Noor, majlis diteruskan lagi dengan upacara kemuncak iaitu penyerahan watikah kepada semua pemimpin pelajar.
Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pengawas.

Ketua Pengawas : Nurhamizah Nurdin
Pen. Ketua Pengawas : Nur Aisyah Radzi

Ketua Pengawas Pusat Sumber Sekolah : Nur Izzati Mohd Jaafar
Pen. PSS : Nur Hidayah Mohd Nobi

Ketua Pembimbing Rakan Sebaya : Nur Syafiqah Shafiai
Pen. Ketua PRS : Nur Athieqa Azwa Azman

Ketua Briged Bestari : Nur Arifah Mohd Yatim
Pen. Briged Bestari : Nur Syafiqa Zupli